+6019-362 7935 [email protected]

Ahli Parlimen, sebilangan pegawai kerajaan serta mereka yang bertugas dalam sektor perkhidmatan penting dikecualikan daripada menjalani proses kuarantin setibanya mereka di negeri itu. Ini seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Tapi, mereka tidak terkecuali daripada menjalani saringan COVID-19. Hal ini dinyatakan oleh Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi sidang media harian COVID-19 di Kuching.

“JPBNS mempunyai prosedur di mana beberapa perkhidmatan dianggap sebagai perkhidmatan penting dikecualikan daripada menjalani proses kuarantin. “Sebagai contoh beberapa menteri dari negeri ini yang bertugas di Kuala Lumpur dan kembali ke Sarawak untuk menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen,” kata Uggah.”

Sumber: Awani

 

Sarawak Kita