+6019-362 7935 [email protected]

Nampaknya ada beberapa lokasi yang dikenal pasti beberapa daerah berisiko di negeri Sarawak diletakkan sebagai daerah Zon Merah dan Zon Kuning.

69 Zon Merah dikenal pasti di Kuching, Samarahan (16), Betong (8), Sarikei (6), Bintulu (5), Miri (9) dan Limbang (6). Manakala Zon Kuning melibatkan Serian dan Sibu (3), Mukah, Matu, Lawas dan Simunjan (1).

JPBN juga tidak benarkan pergerakan antara daerah kecuali melibatkan kes-kes kecemasan.

Buat masa sekarang, Sarawak merekodkan 11 kes terbaharu positif COVID-19 menjadikan jumlah bilangan kes di sana meningkat kepada 129 kes. Antara lain 49 kes baharu Person Under Investigation (PUI) turut dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,126 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan menjalankan proses pembersihan kawasan yang dikenal pasti sebagai Zon Merah COVID-19 di negeri itu.

Sumber: Astro Awani

 

 

Sarawak Kita