Daripada 91 kes PUI itu, 70 membabitkan rakyat Malaysia, 18 warga China manakala Thailand, Indonesia dan Kanada masing-masing satu kes. – Jurucakap JPBN Sarawak
Lima daripada kes PUI baharu itu direkodkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching, manakala satu lagi di Hospital Sibu.
Jabatan Kesihatan Negeri mengingatkan agar orang ramai yang mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas dalam masa 14 hari selepas kembali dari China supaya mendapatkan rawatan segera. Mereka juga harus memaklumkan kepada doktor mengenai sejarah perjalanan sebelum ini.
Sumber: Harian Metro