+6019-362 7935 [email protected]

Setelah dikenal pasti, terbukti bahawa terdapat sejumlah 49 lorong tikus baharu yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sarawak.

Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pekan Biawak adalah antara kawasan di negeri itu yang mempunyai banyak lorong-lorong ‘panas’ yang perlu dikawal ketat bagi mengekang kemasukan PATI serta aktiviti jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya lagi,

“Op Benteng melibatkan kerjasama bersepadu antara semua agensi penguatkuasaan dan keselamatan dalam memutuskan rangkaian kemasukan PATI sama ada di darat atau perairan.

Op ini akan diteruskan lagi agar lorong-lorong tikus dapat ditutup dan dipantau ketat. Kawalan juga dipertingkatkan di lokasi-lokasi tumpuan,”

Sumber: Sinar Harian

 

Sarawak Kita