Enam daerah berada dalam zon kuning manakala sifar daerah dalam zon merah. Ini menjadikan sebanyak 34 daripada 40 daerah di Sarawak kini dikategorikan sebagai zon hijau COVID-19 sejak dua hari yang lalu.
Daerah yang berada dalam zon hijau ialah:
- Bau
- Limbang
- Bintulu
- Miri
- Simunjan
- Asajaya
- Sri Aman
- Betong
- Lawas
- Mukah
- Matu
- Sarikei
- Saratok.
Turut berada dalam zon hijau ialah Pusa, Kabong, Lubok Antu, Meradong, Julau, Pakan, Kanowit, Selangau, Tatau, Sebauh, Dalat, Daro, Tanjung Manis, Kapit, Belaga, Song, Bukit Mabong, Marudi, Subis, Beluru dan Telang Usan.
Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), enam daerah yang berada dalam zon kuning pula ialah Kuching, Samarahan, Tebedu, Lundu dan Serian.
Sehingga hari ini sebanyak 26,992 permohonan pergerakan antara daerah diterima oleh 28 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negeri.
Sumber: Berita Harian