+6019-362 7935 [email protected]

Pada malam 16 Mei 2020, selepas dikesan ingkar larangan beroperasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebuah pusat hiburan dekat Green Height diserbu polis

Dalam serbuan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sarawak menahan 31 orang termasuk 10 wanita warga asing. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai, berkata, mereka yang ditahan berusia 15 hingga 55 tahun.

“Daripada 10 wanita asing yang ditahan, tujuh darinya gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan. Kesemua pengunjung dalam pusat hiburan itu sedang leka berhibur sambil meneguk minuman keras ketika serbuan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.”

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita