+6019-362 7935 [email protected]

Seorang anggota polis adalah antara 25 penunggang motosikal dari Kota Samarahan yang dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Simunjan.

Kumpulan penunggang motosikal itu ditahan di Kampung Nanas oleh pasukan pemantau PKPB ketika mereka dalam perjalanan ke bandar Simunjan.

“Setelah disiasat, didapati mereka semua berasal dari Kota Samarahan dan gagal memberikan alasan yang masuk akal dan memasuki daerah Simunjan tanpa izin polis,”

Mereka kemudian dibawa ke balai polis Simunjan dan dikompaun setelah mengaku melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1999.

Sumber: Malay Mail

 

Sarawak Kita