+6019-362 7935 [email protected]

“Sarawak hari ini merekodkan 119 kes individu dalam siasatan (PUI) menjadikan jumlah terkumpul kini menjadi 3,065 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 2,687 kes diuji negatif sementara 100 daripadanya menunggu keputusan ujian makmal,” 

Setakat hari ini, sebanyak 10 kes positif COVID-19 baharu direkodkan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan disahkan jangkitan pandemik itu sebanyak 397 kes, sejak kes positif pertama dikesan pada 13 Mac lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, berkata daripada jumlah itu, tujuh kes menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), dua di Hospital Miri dan seorang di Hospital Sibu.

Sumber: Berita Harian

 

 

Sarawak Kita