+6019-362 7935 [email protected]

Amaran ribut petir telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di beberapa kawasan di Perak, Sabah dan Sarawak, dengan hujan lebat dan angin kencang sehingga 12 tengah malam esok.

Kawasan yang dijangka terjejas di Perak ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, serta Kuala Kangsar menurut MetMalaysia.

Di Sarawak, kawasan terbabit ialah;

  • Serian
  • Samarahan (Simunjan)
  • Sri Aman
  • Betong
  • Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong)
  • Sibu (Sibu dan Kanowit)
  • Kapit
  • Bintulu
  • Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi)
  • Limbang

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita