Petronas memberi petanda mengiktiraf hak negeri Sarawak. Ini kerana langkah Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memberi Sarawak peruntukan mengutip cukai jualan bagi produk petroleum.
Langkah itu juga menunjukkan hubungan kerja dan sikap memahami antara Kerajaan Sarawak dan Petronas. Apa yang lebih penting adalah kesediaan Petronas untuk akur kepada undang-undang Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
“Ia satu perkembangan positif dan baik untuk maju ke hadapan bagi semua pihak. Kerajaan Sarawak akan terus mempertahankan hak-hak dan mengutamakan kepentingan negeri ini,”
Semalam, Petronas menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Sarawak berhak mengutip cukai jualan bagi produk petroleum. Malah, Kerajaan Sarawak juga menarik balik rayuan balas berhubung isu bidang kuasa Mahkamah Tinggi mengenai SST.
Sumber: Awani