Polis Sarawak yakin dengan kekuatan anggota sedia ada mampu mengawal proses Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, ini kerana pihaknya tidak mendapat bantuan anggota tambahan dari kontinjen lain berikutan situasi pandemik Covid-19 yang membimbangkan.