+6019-362 7935 [email protected]

Peningkatan bilangan titik panas yang ketara di selatan dan barat wilayah Kalimantan di Indonesia akibat kebakaran terbuka bakal membawa jerebu rentas sempadan selain jerebu setempat akibat kebakaran tkepada Sarawak.

Arah angin dari barat daya dijangka dominan untuk tempoh beberapa hari akan datang yang turut mempengaruhi kualiti udara di bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

JPBN Sarawak telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat bahagian dan daerah di negeri untuk mengaktifkan pemantauan mereka terhadap titik panas menerusi kerjasama agensi yang berkenaan serta bertindak pantas jika berlaku kebakaran.

Sumber: Malaysia Kini

 

Sarawak Kita