Untuk memasuki negeri Sarawak, warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan kini tidak perlu lagi memohon dan mengisi borang ‘EnterSarawak.’
Namun, mereka masih diwajibkan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Selain tu, warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak dengan destinasi terakhir mereka di kawasan pedalaman serta jauh dari klinik kesihatan yang ada menyediakan kemudahan untuk mengambil sampel Covid-19, akan dikuarantin di hotel.
Sampel akan diambil pada hari kedua dan sekiranya keputusan adalah negatif, barulah mereka dibenarkan balik ke rumah masing-masing.
Sumber: Metro