Untuk mengelak penularan Covid-19, polis memperketatkan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh Sarawak sempena sambutan Aidilfitri dan Gawai.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, ia sebagai langkah mengelak orang ramai berpusu-pusu balik ke kampung halaman masing-masing meraikan perayaan itu.
“Kami nasihatkan orang ramai supaya patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan. Lupakanlah tradisi balik kampung pada musim perayaan seketika dalam usaha kita memutuskan sepenuhnya rantaian Covid-19,”
Masyarakat harus menerima hakikat perbezaan sambutan perayaan kali ini kesan Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Sumber: