+6019-362 7935 [email protected]

Jumlah kematian daripada virus telah meningkat kepada lebih daripada 130 dan hampir 6,000 jangkitan disahkan.

Starbucks telah menutup separuh cawangannya di China untuk melindungi kakitangannya dan menyokong usaha kerajaan untuk menghalangan penyebaran koronavirus.

Syarikat itu juga memberi amaran bahawa jangkitan yang tersebar dengan cepat ini mungkin akan mempengaruhi prestasi kewangannya. Starbucks mempunyai hampir 4,300 cawangan di China, menjadikannya pasaran terbesar syarikat di luar AS.

Starbucks membuka cawangan pertamanya di China di Beijing pada Januari 1999. Jualan di China mencatat kira-kira 10% daripada pendapatan global Starbucks, menjadikan negara ini sebagai sumber pendapatan global mereka yang paling penting.

Sumber: BBC

 

Sarawak Kita