Gambar ini dilaporkan diambil di Kuching, Sarawak. pada 14 September 1945 selepas Jepun kalah perang. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak merupakan satu siri dan turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit. Ia juga satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun.
Banyak tinggalan sejarah yang mungkin kita tak pernah tengok yang tersimpan dalam gambar. Jika masih ada lagi, bolehlah dijadikan tempat pelancongan.
Semoga menjadi iktibar dan renungan kita semua. Sama-samalah kita bangunkan Sarawak demi generasi akan datang.
Sumber: Group Sarawak Nang Best!