+6019-362 7935 [email protected]

“Mulai hari ini, Sarawak akan mematuhi peraturan peringkat pusat itu yang membenarkan dua anggota keluarga terdekat untuk melakukan perjalanan dengan kenderaan untuk tujuan membeli makanan, ubat-ubatan, keperluan harian, makanan tambahan atau barang lain dari mana-mana penyedia perkhidmatan penting atau untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan,” – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Berikutan peraturan terbaharu Kerajaan Persekutuan, Sarawak memutuskan untuk membenarkan dua ahli keluarga terdekat untuk keluar rumah dengan satu kenderaan.

Namun begitu, orang ramai harus terus mematuhi langkah pencegahan dengan mengurangkan pergerakan keluar rumah, menggunakan alat perlindungan diri serta mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita