Untuk menghadapi musim kemarau yang dijangka berlarutan awal Oktober ini, Sarawak membuat persiapan awal dengan menyimpan bekalan air minuman untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan terjejas.
Persediaan itu perlu berikutan banyak kawasan khususnya di pedalaman dijangka menghadapi kesan fenomena alam itu. Antara kawasan dijangka ialah pedalaman Miri, Kapit, Sri Aman serta kawasan persisiran.
“Berikutan perubahan angin monsun barat daya, Sarawak dijangka menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan, justeru kita harus bersedia kerana banyak kawasan akan terjejas apabila terputus bekalan air minuman.
“Mulai tahun ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) membekalkan air dalam bekas berkapasiti 6 liter sebanyak empat botol atau 24 liter untuk setiap penerima, berbanding dalam bekas 1.5 liter atau 24 botol seorang seperti yang diagihkan sebelum ini,”
Sumber: Metro