Kerajaan telah meluluskan sebanyak 93 projek untuk membaik pulih sekolah-sekolah yang uzur untuk fasa satu dan dua pada 17 Ogos, berjumlah RM700 juta.
Pelaksanaan projek itu dibiayai melalui peruntukan RM1 bilion, yang merupakan pinjaman kontra (untuk membaik pulih sekolah) yang telah disetujui oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan pemerintah Sarawak.
Sehingga bulan Julai, sejumlah RM700 juta telah dilunaskan oleh kerajaan Sarawak. Secara keseluruhan, projek membaik pulih bangunan uzur sekolah akan dilaksanakan melalui tiga fasa; fasa satu melibatkan 41 sekolah dengan kos projek RM350 juta manakala fasa kedua melibatkan 52 sekolah, berjumlah RM350 juta.
Sumber: Malay Mail