Oleh kerana perkembangan semasa kes Covid-19 di kedua-dua negeri iaitu Kedah dan Sarawak, seramai 24 pelajar baharu Tamhidi (Asasi) Sesi 2020/2021 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Sarawak dan Kedah dikuarantin selama dua minggu
Pelajar berkenaan terdiri daripada lima pelajar dari Kuching dan selebihnya dari daerah Kubang Pasu di Kedah menjalani kuarantin di kolej kediaman mereka.
Untuk pengetahuan umum, pelajar ini dipisahkan dan ditempatkan di blok kediaman yang lain. Dalam satu unit kediaman, seramai tiga hingga empat pelajar sahaja dihadkan berbanding pelajar lain, seramai enam orang dan mereka perlu jalani kuarantin selama 14 hari. Sekiranya ada yang bergejala, mereka akan segera dibawa ke hospital.
Sumber: Sinar Harian