Sebanyak 138 pegawai dan anggota polis Sarawak, serta 80 aset lain akan dikerahkan ke Sabah untuk membantu menjaga ketenteraman awam sepanjang proses Pilihan Raya Negeri Sabah.
Anggota polis negeri yang akan berada di Sabah selama 14 hari terdiri daripada tiga pegawai, 30 anggota Cawangan Khas, 91 anggota polis trafik, dan 14 pemandu.
“Kami dalam proses mengerahkan mereka (personel dan kenderaan) ke Sabah. Separuh dari mereka sudah dalam perjalanan, ”. – Datuk Aidi Ismail